Disediakan oleh: Khairul
SABTU - Selama dua hari satu malam, semua kakitangan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) berkampung di Santubong Resort bagi memeriahkan Hari Keluarga JKM 2010. Pelbagai aktiviti dirancang bagi menjayakan program berkenaan, di antaranya Aktiviti Sukan Air, Dinner JKM, dan Sukaneka Pantai turut diadakan.
Jawatankuasa program memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 100 orang peserta menghadiri Hari Keluarga JKM 2010. Di antara tujuan Hari Keluarga JKM ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan di jabatan dan meningkatkan semangat kerjasama berpasukan (EspiritdeCorps) dalam menjalankan tugas.
Merasmikan hari keluarga kali ini adalah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Tn. Hj. Wan Mohamad Nasir Bin Wan Mos. Beliau sangat berpuas hati dengan penyertaan semua kakitangan dan perjalanan keseluruhan program serta berharap ianya akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Bersama Menjana Kecemerlangan Mekanikal, Politeknik Kuching Sarawak.

Aktiviti Sukaneka Pantai Kategori Lelaki Dewasa

Barisan Urusetia Hari Keluarga JKM

Dinner Hari Keluarga JKM 2010

Hadiah Buat Kanak kanak yang turut serta
|