Bahasa Malaysia |

 
Peta Laman|Hubungi Kami
KATEGORI HEBAHAN
UMUM
PELAJAR
STAF
KEKOSONGAN JAWATAN
PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK
Kemaskini: 18 Feb 2010 12:00:00
Untitled Document

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI JUN 2010

 

BIL

PERKARA

KETERANGAN


1


e-Borang Politeknik KPT


Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 dibuka pada 18 Februari 2010 dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:

a. Lulusan SPM dan setaraf     
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT

 

2

 

Iklan

 
Iklan permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 disiarkan seperti butiran berikut;
 
 


Tarikh

Akhbar

 27 Feb 2010 (Sabtu)

Borneo Post (Edisi Sabah & Sarawak)

 28 Feb 2010 (Ahad)

Metro Ahad (Edisi Nasional)

 01 Mac 2010 (Isnin)

Daily Express (Edisi Sabah)

 07 Mac 2010 (Ahad)

Mingguan Malaysia, Tamil Nesan dan Shin Chin Jit Poh (Edisi Nasional)

 

3

 

Cara Memohon


Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
http://www.politeknik.edu.my

Untuk mengakses e-B orang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon
mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "40" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051
Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan November 2010 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.

NOTA:
  

Setelah mengisi e-Borang, pemohon dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut:

  • Menghantar maklumat e-Borang dengan menekan butang "HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN" sehingga arahan mencetak butiran permohonan dipaparkan.
  • Cetak butiran permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran. Sila simpan untuk rujukan.

Pindaan maklumat pada e-Borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan ulangi langkah di atas.


Pemohon berkeperluan khas
(masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM, di alamat :

Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88849190
Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas.

 

4

 

Tarikh tutup

 

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 ditutup pada 02 April 2010 (Jumaat).

 

5

 

Program yang Tidak Lagi Ditawarkan

 

Mulai Sesi Jun 2010 program peringkat sijil tidak lagi ditawarkan
di semua Politeknik.

 
6

 

Program yang perlu melalui proses temuduga
 
 

 
Pemohon perlu melalui proses temuduga bagi program berikut:
 
·  Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) - Ujian bertulis & temuduga
·  Diploma Kej. Perkapalan (DKP) - Temuduga sahaja
·  Diploma Lanjutan - Temuduga sahaja

 

 

 


Dasar Privasi| Dasar Keselamatan

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KM 22 JALAN MATANG
93050, Kuching, SARAWAK

PENAFIAN : Politeknik Kuching Sarawak adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

(c) 2009 Hakcipta Terpelihara Politeknik Kuching Sarawak

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer 6.o keatas dengan resolusi 1024 x 768