Maklumat AmPengurusanJabatan Akademik
...........................................

CARIAN

www Politeknik Kuching

...........................................

MAKLUMAT AM

...........................................

PAUTAN LAIN

E-Khidmat
Pautan Laman Web Institusi Lain
Peta Laman
...........................................

 

SEPINTAS LALU

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya selaras dengan objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi negara ke arah perindustrian, seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. PKS telah memulakan operasinya dengan beberapa orang kakitangan di kawasan kampus PKS seluas 112 ekar. Kampus PKS terletak kira-kira 23 km dari pusat Bandaraya Kuching.Kedudukannya di kaki Gunung Serapi memberikan satu permandangan yang sungguh tenang dan kondusif untuk suasana pembelajaran dan perkembangan individu.
Politeknik Kuching Sarawak telah dibangunkan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV, untuk menjadi pembantu teknik atau juruteknik separa mahir dalam pelbagai bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di sektor awam dan swasta.
Pengambilan pertama telah dimulakan pada bulan Julai 1989 dengan seramai 160 orang pelajar merangkumi lima kursus di peringkat sijil. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan Teknikal yang terulung di Sarawak, PKS kini menawarkan 7 kursus di peringkat Diploma dan 14 kursus di peringkat sijil. Satu keunikan Politeknik ini ialah kerjasama erat dengan pihak PETRONAS. Melalui kerjasama dan persefahaman dengan pihak PETRONAS, PKS juga mengendalikan kursus-kursus yang digubal untuk memenuhi keperluan dalam industri petrokimia.

 


Dasar Privasi
| Dasar Keselamatan

PENAFIAN : Politeknik Kuching Sarawak adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Laman Web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas dan resolusi skrin 1024 x 768