Pengenalan

PENGENALAN PERTANDINGAN INOVASI “KENYALANG MAPPING TECHNOLOGIES : GROUND SEARCH AND RESCUE”

Ground Search and Rescue (SAR) merupakan satu kegiatan dan usaha mencari, menolong dan menyelamatkan mangsa sama ada dikhuatiri hilang atau berada dalam keadaan yang berbahaya. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan tidak mengira tempat atau lokasi. Terdapat banyak teknologi terkini yang digunakan dalam operasi SAR ini. Berdasarkan perkembangan ini, pihak Politeknik Kuching Sarawak menganjurkan pertandingan inovasi “Kenyalang Mapping Technologies (KMTech 2019) : Ground Search and Rescue (SAR)”. Penganjuran pertandingan ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Land Surveyors Board Sarawak (LSBS), HERE Malaysia, The Association Of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak (ACLS) dan Royal Institution Of Surveyors Malaysia Sarawak Branch (RISM).

Pertandingan Inovasi di peringkat kebangsaan ini menyasarkan penyertaan daripada semua pelajar Diploma dan Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Kolej Vokasional (KV) di seluruh Malaysia dalam bidang yang berkaitan. Selain itu, Pertandingan ini juga terbuka kepada rakan kolaborasi iaitu Politeknik Negeri Pontianak dan Politeknik Negeri Ketapang.

Pertandingan ini akan memberi peluang terhadap perkongsian ilmu dan kepakaran di antara peserta dan pihak berkeperluan. Ia juga akan menjadi satu platform untuk penghasilan produk pemetaan yang kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung ia akan membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dalam mencari penyelesaian terbaik dalam operasi Ground Search and Rescue.


Jangkaan Hasil Inovasi

  1. Satu aplikasi yang boleh digunakan untuk mencari dan menyelamat mangsa - boleh menjejak kedudukan mangsa dengan tepat sebagaimana aplikasi navigasi.
  2. Sistem aplikasi yang boleh digunakan dalam talian atau luar talian (bagi kawasan yg ada masalah capaian Internet atau talian telefon)
  3. Aplikasi yg boleh memberikan maklumat bentuk muka bumi di kawasan tersebut
    • Latitude / longitude
    • Mapping
    • Arah mata angin / penunjuk arah utara-selatan
    • Garisan kontur / ketinggian
    • Petunjuk atau simbol-simbol yang boleh dipakai pada peta seperti jalanraya, ladang getah, ladang sawit, hutan, sungai, rumah dan lain-lain
  4. Penggunaan Kompas di dalam aplikasi untuk membantu Pasukan mencari atau mangsa.
  5. Boleh digunasama oleh pelbagai pasukan penyelamat dalam satu-satu masa bagi membantu mempercepatkan pencarian.

Tentatif Pertandingan

11 Feb - 1 April 2019

Pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan | Makluman pengesahan penyertaan dan pemberian nombor ID kepada peserta melalui emel / portal KMTECH 2019.

02 April – 16 Ogos 2019

Penyediaan video pendek | Penghantaran video pendek ke urusetia melalui emel

19 Ogos - 30 Ogos 2019

Peringkat Saringan (penilaian produk inovasi dalam video pendek) | Pemilihan SEPULUH (10) produk inovasi ke Peringkat Akhir KMTECH 2019.

02 September 2019

Makluman keputusan kelayakan ke peringkat akhir di portal KMTECH 2019 melalui emel dan portal KMTECH 2019.

19 September 2019

Pertandingan Akhir KMTECH 2019 | Penilaian dan Keputusan Pertandingan | Majlis Penutupan KMTECH 2019

Kriteria Pemarkahan

  1. Di peringkat saringan, produk inovasi dinilai dalam video pendek yang dihasilkan oleh peserta.
  2. Masa untuk video pendek adalah selama 150 saat dan resolusi video dihadkan kepada 720P.
  3. Kandungan video pendek adalah:
    • Introduction
    • Product Features
    • How to operate the product
    • Benefit to society
  4. Setiap produk inovasi akan dinilai dan dipilih panel juri yang mahir dan berpengalaman. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.
  1. Setiap penyertaan produk inovasi akan diberi markah oleh panel juri yang mahir dan berpengalaman.
  2. Berikut adalah kriteria pemarkahan yang dinilai oleh panel juri:
    1. Novelty (15%)
      Penilaian keaslian produk
    2. Overall design and display of the product (20%)
      Penilaian kreativiti dan tarikan produk dari segi pemilihan rekabentuk, praktikal, mudah digunakan dan lain-lain.
    3. Benefit to society (40%)
      Penilaian manfaat produk yang dihasilkan kepada organisasi / masyarakat untuk menyelesaikan masalah.
    4. Commercial Value (15%)
      Penilaian kebolehpasaran produk dan boleh bersaing dengan produk-produk lain yang sedia ada di pasaran.
    5. Presentation of product (10%)
      Persembahan produk oleh peserta yang jelas, tepat dan mudah difahami.
  3. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Pendaftaran

Syarat Penyertaan dan Pertandingan

  1. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta dan Kolej Vokasional (KV) di seluruh Malaysia. Selain itu, pertandingan ini juga terbuka kepada rakan kolaborasi iaitu Politeknik Negeri Pontianak dan Politeknik Negeri Ketapang.
  2. Setiap penyertaan produk inovasi perlulah terdiri dari SEORANG (1) penyelia dan maksima DUA (2) orang pelajar.
  3. Penyelia boleh terdiri dari staf akademik ataupun bukan akademik.
  4. Peserta perlulah mendaftar penyertaan di Sistem Pendaftaran Portal KMTECH 2019 dan membayar yuran penyertaan selewat-lewatnya 01 April 2019.
  5. Peserta dikehendaki mengisi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan sepertimana yang dikehendaki oleh Sistem Pendaftaran. Maklumat yang tidak lengkap diisi atau tidak mengikuti format yang ditetapkan akan ditolak.
  6. Pengesahan penyertaan akan diberi satu No ID. Satu No ID hanya untuk satu penyertaan dan satu produk sahaja.
  7. Setiap penyertaan bebas menggunakan segala perisian dan perkakasan yang berkaitan dalam menghasilkan produk inovasi masing-masing.
  8. Produk inovasi boleh menggunakan samaada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  9. Peserta perlu memuatnaik video pendek produk inovasi dan hantar kepada urusetia melalui emel feedbackkmtech19@gmail.com selewat-lewatnya 16 Ogos 2019 untuk penilaian di peringkat saringan.
  10. Produk inovasi yang dibawa ke pertandingan akhir MESTILAH sama dengan yang ditunjukkan di video semasa saringan.
  11. Semua produk inovasi yang layak ke pertandingan akhir akan digunapakai bersama oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak..

Yuran Penyertaan & Cara Pembayaran

  1. Setiap penyertaan dikenakan yuran RM30 per kumpulan
  2. Bayaran boleh di buat ke akaun berikut :
    • No. Akaun : 11013010076283
    • Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
    • Nama : Kelab Jabatan Kejuruteraan Awam

Peserta KMTech 2019

Senarai peserta akan dikemaskini dan dipamerkan selepas tarikh tutup penyertaan.

Hubungi Kami

Call : 016 - 870 9942 (Lee Kong Fah)
Monday-Friday (8am-5pm)

Email: feedbackkmtech19@gmail.com
Web: www.poliku.edu.my/kmtech

Location: Politeknik Kuching Sarawak
93050 Kuching Sarawak