Info unit


Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditubuhkan pada tahun 2003. Pada awalnya unit ini dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat. Mulai tahun 2007, nama unit ditukarkan kepada Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada awal penubuhannya, unit ini mempunyai seorang Pegawai Sistem Maklumat Gred F41, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 dan seorang Juruteknik Komputer FT17. Pegawai Sistem Maklumat yang pertama di Politeknik Kuching Sarawak ialah Cik Haniza bt. Amit.

Pasa masa ini, waran perjawatan bagi skim F telah berubah kepada 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM), 6 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM), seorang Juruteknik Komputer Kanan FT22 dan 2 orang Juruteknik Komputer FT19.