Fungsi

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) PKS berfungsi untuk menyediakan satu perkhidmatan kepada pelajar, staf Politeknik Kuching Sarawak serta masyarakat awam. Perkhidmatan yang disediakan sejajar dengan fungsi kaunseling yang semakin berkembang melalui peningkatan aktiviti jabatan serta pihak industri awam dan swasta. Program kaunseling dan aktiviti perkembangan pelajar yang dilaksanakan adalah berfokus dan selaras dengan perkembangan individu, akademik dan kerjaya.

Dalam konteks perkembangan aktiviti masa kini, UPK menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar PKS bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang potensi diri, akademik, perancangan sikap, situasi belajar, maklumat kerjaya dan kesesuaian pekerjaan.

Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan, UPK PKS berperanan untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar di samping membantu mentransformasikan pelajar PKS kepada modal insan yang berpengetahuan luas dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.