Info Unit

Pengenalan

Unit  Penyelidikan dan Inovasi (UPI) diwujudkan dalam sistem  pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi adalah bagi memperkasa budaya penyelidikan di kalangan  pensyarah dan staf  Politeknik. Unit Penyelidikan dan Inovasi memainkan peranan penting sebagai pusat  bagi penyelarasan semua aktiviti penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah dan staf.  UPI juga bertindak sebagai pusat pengumpulan dan rujukan  bagi  bahan penulisan  ilmiah,  bahan inovasi dan bahan penyelidikan peringkat institusi, zon, kebangsaan dan antarabangsa.

Objektif Penubuhan

  • Menyelaraskan aktiviti penyelidikan di politeknik.
  • Mengurus serta melaksanakan aktiviti penyelidikan
  • Mengumpulkan maklumat kemajuan projek dan inovasi Politeknik
  • Mewujudkan dan membina jaringan dengan badan penyelidikan tempatan
  • Mengurus dan menyebar maklumat di peringkat Politeknik