Info Jabatan

Hal Ehwal Pelajar (JHEP) membantu pengurusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dalam proses pengambilan, pendaftaran, penyimpanan dan pengemaskinian rekod pelajar disamping memantau kebajikan pelajar. Terdapat dua sub unit utama di dalamnya iaitu Unit Pengambilan & Data (P&D) dan unit Kebajikan & Disiplin (K&D).

Unit P&D berperanan membantu mengurus permohonan kemasukan, pendaftaran dan mengemaskini rekod pelajar.

Unit K&D berperanan membantu menjaga kebajikan pelajar seperti membantu dalam permohonan pinjaman bantuan kewangan, mendapatkan permit pelajar bagi pelajar bukan Sarawak dan juga memantau disiplin secara keseluruhan. Jabatan HEP ini dianggotai oleh dua orang Pegawai Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu oleh seorang Pegawai Pendaftaran, seorang Pegawai Biasiswa, seorang Pegawai Disiplin, Pensyarah dari Jabatan-jabatan Akademik dan tiga orang Pembantu Am Pejabat.