Bangunan Pentadbiran Politeknik Kuching Sarawak 

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan politeknik yang ke-5 ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.  PKS menawarkan 14 program di peringkat diploma dan 2 progran peringkat Pra-Diploma.

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah ditubuhkan pada tahun 1988.  Penubuhannya selaras dengan objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi negara ke arah perindustrian dan seterusnya untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. 


Bangunan Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak 

Pada peringkat awal penubuhannya, PKS beroperasi di sebuah bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching denga taraju utamanya Encik Mustapa bin Mohamed sebagai Pengetua pertama.  Perkembangannya diikuti pembinaan kampus tetap PKs dengan keluasan tanah seluar 112 ekar.  Terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat Bandaraya Kuching serta kedudukannya di kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.

#

Kursus

1.        

Diploma Kejuruteraan Awam

2.        

Diploma Perkhidmatan Bangunan

3.        

Diploma Ukur Tanah

4.        

Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

5.        

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

6.        

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

7.        

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

8.        

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

9.        

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyaman Udara & Penyejukbekuan

10.    

Diploma Akauntasi

11.    

Diploma Pengajian Perniagaan

12.    

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

13.    

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)