PIAGAM PELANGGAN

  • Proses Pemberian Latihan Separa Profesional dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
  • Keputusan peperiksaan akhir diproses mengikut takwim yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik.
  • Status Maklum Balas Pelanggan akan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 21 hari bekerja selepas diterima.
  • Memastikan semua program yang ditawarkan mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum pelajar menamatkan pengajian.

 OBJEKTIF KUALITI PKS

 1 Kecemerlangan Akademik

  • Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus (CLO) bagi setiap kursus mengikut semester.
  • Memastikan semua pelajar yang tamat pengajian mencapai hasil pembelajaran program (PLO)

2 Kecemerlangan Staf

  Memastikan setiap staf menghadiri kursus / menjalani latihan sekurang-kurangnya 10 hari setahun. 

3 Kecemerlangan Proses

 Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.