Pengarah PKS, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin bin Daud


Asalamualikum, salam sajehtera, salam
POLIKU SAYANG TANGGUNGJAWABKU dan selamat datang ke Portal Rasmi Politeknik Kuching Sarawak.

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang ditubuhkan pada tahun 1988 merupakan Politeknik yang kelima tertua di Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Sejak ditubuhkan, PKS telah berjaya melahirkan seramai 23,054 orang graduan dalam pelbagai bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat.

Sementara itu pencapaian Kebolehpasaran Graduan (Graduan Employability) dengan kadar 92.06% jelas membuktikan graduan PKS mendapat pasaran terutamanya dalam kalangan sektor swasta. Pihak pengurusan PKS akan sentiasa memperluaskan platform dalam memperkasakan peranannya sejajar dengan misi organisasi, iaitu menjadi sebuah institusi TVET premier yang diterajui oleh industri. Sebagai contoh, perlantikan CEO Faculty, 37 orang Felo Industri di samping sebanyak 19 Dokumen Kolaborasi antara Politeknik Kuching Sarawak dan pihak industri di Malaysia yang ditandatangani baru-baru ini merupakan satu lagi usaha perkongisn pintar antara kedua-dua pihak dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa selari dengan kehendak industri masa kini.

Dengan kesempatan ini juga saya berharap seluruh warga pendidik PKS agar terus komited, peka terhadap perkembangan dunia pendidikan dan yang paling penting sentiasa bekerja dalam semangat satu pasukan bagi melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan memiliki ciri-ciri keusahawanan.