Sesi pengambilan adalah dua kali setahun bagi kemasukan Sesi Jun dan Sesi Disember.

Bagi pemohon dari Lulusan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) atau Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran atau setaraf Tahap 3, anda perlu memohon menggunakan Aplikasi Dalam Talian (ADT) di www.politeknik.edu.my pada bahagian Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Politeknik Mod Separa Masa (KSS) Sesi Disember 2015.

Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 20 pelajar yang mendaftar bagi setiap program pengajian. Pihak Politeknik berhak membatalkan mana-mana program yang diiklankan sekiranya terdapat kekurangan calon pelajar.