FAQ

1. Adakah kemudahan asrama disediakan di Politeknik Kuching Sarawak?

Buat masa ini hanya pelajar semester 1 yang ditawarkan kemudahan asrama.
Bagi pelajar senior mereka perlu memohon dan jumlah yang ditawarkan bergantung kepada kekosongan setelah mengambil kira kemasukan pelajar semester satu.

2. Apa program yang ditawarkan di Politeknik Kuching Sarawak?

  1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  3. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automatif)
  4. Dilpoma Kejuruteraan Mekanikal (Penyaman Udara & Penyejukbekuan)
  5. Diploma Kejuruteraan Elektronik
  6. Diploma Kejuruteraan Awam
  7. Diploma Perkhidmatan Bangunan
  8. Diploma Ukur Tanah
  9. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
  10. Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  11. Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  12. Diploma Akauntansi
  13. Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)

 

3. Apakah kemudahan-kemudahan yang ada di Politeknik Kuching Sarawak?

1. Kemudahan Sukan & Riadah

  • Padang hoki
  • Padang bola
  • Gelanggang tenis
  • Gelanggang badminton
  • Gelangang sepak takraw
  • Gelanggang bola keranjang
  • Gelanggang bola tampar
  • Gelanggang bola jaring
  • Gelanggang futsal
  • Padang petanque
  • Gim
  • Bilik muzik

2. Kemudahan Pengajaran & Pembelajaran

  • Bilik kuliah
  • Dewan kuliah
  • Makmal sains
  • Makmal bahasa
  • Makmal komputer
  • Bengkel

3. Kamsis

  • 6 blok asrama lelaki
  • 2 blok asrama perempuan

4. Kuarters perumahan

  • Rumah pegawai
  • Rumah kakitangan
  • Rumah warden

5. Pusat Islam (Masjid)
6. Kantin
7. Kafeteria
8. Taska
9. Wifi

 

4. Apakah syarat untuk memohon kemudahan asrama?

Keutamaan untuk mendapatkan asrama mengambil kira :

  1. Tapisan kes disiplin
  2. OKU
  3. Pendapatan dan tanggungan keluarga
  4. Jarak kediaman dengan politeknik
  5. Kegiatan dalam kokurikulum
  6. Sumbangan kepada politeknik
  7. Keputusan peperiksaan.

5. Bagaimana cara untuk memohon kemudahan asrama?

  • Pelajar dikehendaki mengambil Borang di Bilik Penyelia Asrama atau boleh dimuat turun dari Laman Web Poliku.
  • Setiap permohonan yang lengkap diisi perlu disertakan salinan kad pengenalan ibubapa dan pelajar, keputusan peperiksaan, penyata pendapatan keluarga dan salinan sijil kokurikulum (jika ada) yang telah disahkan. Bagi yang tiada mempunyai pendapatan perlu disahkan oleh Ketua Kaum.

6. Bagaimana memohon untuk menjadi tenaga pengajar di Politeknik Kuching Sarawak?

  • Bukan di urus oleh pihak politeknik kuching
  • Sila rujuk website Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) di alamat berikut : http://portal.spp.gov.my

7. Di manakah lokasi Politeknik Kuching Sarawak?

  • Terletak di kilometer 22, Jalam Matang, Kuching di kaki Gunung Serapi.
  • Mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandar Kuching dan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menggunakan kenderaan.