8 Februari 2019 merupakan perkhidmatan terakhir Puan Muri Bali di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada jawatan terakhir beliau sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 (TBBK).

Mula bertugas sebagai penjawat awam pada 1 Julai1982 di beberapa jabatan dan di PKS sejak 4 Februari 2001, beliau merupakan seorang pekerja yang sentiasa merendah diri tetapi tekun dan berdedikasi semasa menjalankan tugas sehingga beliau dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji pada tahun 2011 dan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 1999, 2005 dan 2017.

Selamat bersara, terima kasih dan semoga puan dikurniakan ganjaran kesihatan, umur yang baik serta dimurahkan rezeki dan berbahagia dengan keluarga tersayang.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.