11 OKTOBER 2017 – Sejumlah 51 projek akhir pelajar, 14 inovasi teknikal dan 11 produk inovasi bukan teknikal telah menyertai dan dipertandingankan dalam Festival Pameran dan Inovasi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Sesi Jun 2017. Festival yang diadakan setiap tahun ini telah mengumpulkan hasil projek dan inovasi terbaik daripada setiap jabatan akademik di PKS bagi menobatkan produk dan projek terbaik keseluruhan dan antara program pengajian.

Dalam majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah oleh Pengarah PKS, Lt. Kol Bersekutu (B) Kamaludin Daud telah menyaksi dan menyerahkan 2 (dua) produk projek inovasi pelajar disumbangkan kepada dua pihak dan pengusaha iaitu kepada Syarikat JLS Catering (Projek : Portable Lemang Cooker) hasil projek pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang diselia oleh pensyarah En. Azlan Shah bin Katiman. Sebuah lagi disumbangkan kepada Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok, Kuching yang menerima projek pelajar Wheel Hoe, hasil projek pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) yang diselia oleh pensyarah Pn. Lily Siong @ Lily binti Mahmud. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, PKS PPjKR (B) Mohd Shah Yunus dan En. Abdul Rashid bin Hassan sebagai Pengarah Festival. Ketua-ketua jabatan dan Jawatankuasa Pengurusan turut bersama dalam majlis tersebut.

Terima kasih kepada barisan panel yang menilai semua projek dan inovasi dalam festival pada kali ini yang terdiri daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), C&L Dynamic Engineering Sdn Bhd, Perunding MME, Javel Engineering Sdn Bhd, One Medicare Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Epsilon Jurutera Perunding (S) Sdn Bhd, Sarawak Information System Sdn Bhd, Craun Research Sdn Bhd dan para pensyarah PKS yang memberi khidmat dan sumbangan sebagai panel penilai.

Keputusan :

-(PROJEK TERBAIK KESELURUHAN)-

Tempat PERTAMA
Tajuk : SARAWAK EMERGENCY MOBILE APPS 
Diploma Teknologi maklumat (Rangkaian)
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)

Tempat Ke-2
Tajuk : (AlbertisiaPapuanaBecc Leaves) AS A FOOD SEASONING 
Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK)

Tempat Ke-3
Tajuk : PORTABLE LEMANG COOKER FOR J.L.S CATERING 
Diploma Kejuruteraan Mekanikal 
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

-KATEGORI PAMERAN PROJEK PELAJAR
(PROJEK TERBAIK SETIAP PROGRAM)-

Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) :
CONVERTIBLE PICNIC TABLE 
& BENCH SEATS

Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB):
TROLLEY STAIR CLIMBER

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) :
BASEMENT PARKING GUIDE

Diploma Kejuruteraan Eletronik dan Elektronik (DEE):
PORTABLE EARLY WARNING FLOOD DETECTION SYSTEM

Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am (DKM) :
PORTABLE LEMANG COOKER FOR J.L.S CATERING

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)-DTP :
FABRICATION OF STEERING RACKEND TOOL

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) – DAD :
WHEEL HOES

Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Penyaman Udara & Penyejukbekuan)-DPU :
MESIN PENGERING CENDAWAN

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) –DPE :
(AlbertisiaPapuanaBecc Leaves)
AS A FOOD SEASONING

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) DIP :
4in1 LEARNING

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) DNS :
SARAWAK EMERGENCY 
MOBILE APP

-KATEGORI INOVASI TEKNIKAL-

Tempat PERTAMA
TAJUK : RF REMOTE CONTROL FOR HOME APPLIANCES
JABATAN : JKE

Tempat Ke-2
TAJUK : AUTOMATIC TRASH BIN
JABATAN : JKE

Tempat Ke-3
TAJUK : PULLEY MACHINE
JABATAN : JKA & JSKK

-KATEGORI INOVASI BUKAN TEKNIKAL-

Tempat PERTAMA
TAJUK : POLICIOUS HALWA TERUNG DAYAK 
JABATAN : JKA & JSKK

Tempat Ke-2
TAJUK : MULTIPURPOSE TECHNICAL BAG
JABATAN : JKA

Tempat Ke-3
TAJUK : ALOVEWAX
JABATAN : JKPK & JSKK

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.