IPOH, 12 September 2017 - Pasukan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Ultimate Strength' telah dijulang sebagai Juara Kategori A (Kolej/Politeknik/Universiti) dalam National Build and Break Competition (NBBC) 2017 yang berlangsung di Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh, Perak. Mereka yang dianggotai oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), PKS iaitu Zamzizie Raffie Bin Zamhari (DKA6), Muhasri Bin Mohammad Idris (DKA5), Ahmad Qaharuddin Bin Mohamad Jalil (DKA2) dan Firdauszul Akmar Bin Suhaimi (DKA2) telah menunjukkan kemahiran dan semangat berpasukan yang sangat baik dalam pertandingan dua hari dari 11 dan 12 September 2017.



Menurut pensyarah penyelia dan pengiring, Encik Azlan Mohd Ali menyatakan bahawa mereka telah berjaya mendahului pasukan lain semasa menyiapkan bridge ini dalam masa 3 jam sahaja walaupun masa yang diperuntukkan adalah 4 jam 30 minit. Meskipun tiada markah bonus diberikan kepada pasukan yang paling cepat menyiapkan tugasan, tetapi ini merupakan satu pencapaian yang menunjukkan bahawa kemahiran yang mereka miliki adalah yang terbaik sehingga dinobat sebagai johan keseluruhan melalui penilaian kecekapan struktur, kreativiti dan reka bentuk kejurutetaan dan persembahan poster.

Mengulas tentang suntikan semangat untuk menang sebagai juara, mereka menjawab bahawa Pengarah PKS, En. Kamaludin Daud merupakan salah satu sebab yang menjadikan mereka bertekad melakukan sebaik mungkin dalam pertandingan kerana tuan pengarah turut turun bersama-sama pelajar semasa sesi latihan. Beliau juga telah banyak memberi idea dan nasihat serta pandangan kepada pasukan ini selain penyelia kami En. Azlan. Beliau juga menyatakan bahawa competition ini adalah yang amat digemari oleh belaiu.

Selain itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, PKS iaitu En. Mohd. Agus Adib Eskandar tidak putus-putus memberikan sokongan dan galakan semasa persediaan dan latihan. Kejuaraan ini dihadiahkan kepada mereka dan PKS dan semoga pencapaian ini memberi dorongan kepada pelajar politeknik bahawa PKS setanding dengan politeknik dan intitusi-institusi lain dan bukti PKS sedang berada dilandasan yang betul sebagai peneraju TVET di negeri Sarawak, tambah mereka.

Tahniah dan syabas kepada mereka.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.