Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menganjurkan Bengkel Inferential Analysis For Social Sciences Research pada 9 Jun 2017 bertempat di CISEC PKS.

Bengkel ini telah diilhamkan oleh Cr. Dr. Alan Ling Ying Leh dan dihadiri oleh 15 orang pensyarah PKS. Bengkel yang telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan pensyarah dalam mempraktikan analisis inferensi dalam penyelidikan melalui perisian SPSS. Secara tidak langsung, penyertaan peserta dalam bengkel ini bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri terhadap penggunaan SPSS dalam penulisan mereka malahan mampu meningkatkan kualiti penulisan pensyarah dalam kajian dan penyelidikan.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.