8 Jun 2017 / 13 Ramadan 1438H Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi Jun 2017, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang disempurnakan oleh YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak.

Minggu Suai Kenal ini telah dijalankan dari 4 hingga 8 Jun 2017. Turut hadir merupakan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Mohd Shah Yunus, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) Encik Jemain Bin Ental, barisan Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan Ketua Unit, Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Kuching Sarawak serta Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak (MPP) iaitu Saudara Muhammad Hisyammuddin Bin Husain yang turut memperkenalkan diri masing-masing dan bersama-sama menyaksikan lafaz ikrar pelajar baharu sesi Jun 2017. Terima kasih kepada semua Jawatankuasa MSK yang terdiri daripada MPP PKS, Sekretariat MPP, Urusetia Pelajar dan Staf serta warga PKS.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.