6 Jun 2017 / 11 Ramadan 1438H - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah melaksanakan penyerahan sumbangan sempena ramadan al-mubarak dan Gawai Raya melalui Program Sekampit Beras, Sekilo Gula di Pusat Islam, Masjid Al-Muhandisin, Politeknik Kuching Sarawak pada petang tadi.

Pengarah PKS, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud bersama-sama dalam program dengan memulakan ucapan tahniah dan penghargaan kepada PUSPANITA PKS atas inisiatif dan aktif menganjurkan program yang amat murni ini. Seterusnya, Pengarah PKS bersama-sama Pengerusi PUSPANITA PKS iaitu Puan Hanisah Binti Ramli telah menyempurnakan penyerahan sumbangan berupa beras, gula dan keperluan lain kepada 77 orang penerima yang disenaraikan terdiri daripada 11 orang staf politeknik dan 66 orang pekerja kebersihan dan lanskap. Mengulas tentang program ini, Pengarah PKS amat menyokong program sebegini dan lebih bermakna apabila PUSPANITA telah mengutamakan 'orang dalam' PKS terlebih dahulu sebagai sasaran penerima sumbangan.

Manakala, Puan Hanisah selaku Pengerusi Puspanita menyatakan bahawa program ini selaras dengan objektif penubuhan PUSPANITA antaranya :

1. Merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan ;
2. Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat ; dan
3. Menganjurkan program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.

Menamatkan temu bual, beliau mengucapkan terima kasih ahli PUSPANITA sehingga program ini berjaya direalisasikan seperti perancangan.

 

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.