17 OKTOBER 2017 - Seramai 25 orang kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak telah tamat berkursus di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang dijalankan selama 2 hari dari 16 dan 17 Oktober 2017. Kursus pendek yang dilaksanakan di bawah program "Time Sector Privatisation" (TSP) ini dikelolakan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) PKS dengan khidmat tenaga pengajar dan pemudah cara oleh para pensyarah PKS dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dan bidang Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan), PKS.

Baca selanjutnya...

DUNGUN, pada 4 hingga 8 Oktober 2017, Kejohanan Silat Jemputan Politeknik Malaysia 2017 telah berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu yang disertai 21 IPTA. Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menghantar 7 pesilat dari kalangan pelajar PKS untuk bertanding dalam beberapa kategori.

Baca selanjutnya...

AHAD, 15 Oktober 2017 - Seramai 68 orang pelajar dari SMK Sg. Paoh, Sarikei, Sarawak telah mengadakan lawatan pendidikan ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Terima kasih kepada En. Ahmad Suhir Abdullah @ Luyan Anak Bansang, Pegawai Perhubungan Awam, En. Abdullah Latep Bin Hj. Mustapha, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Tn. Hj. Abdullah Bin Elon, Ketua Program Kejuruteraan Proses (Petrokimia) dan sukarelawan pelajar terlibat menyambut dan memberikan taklimat pengajian politeknik dan lawatan ke sekitar bengkel dan makmal.

* Sila rujuk facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lebih lanjut.

11 OKTOBER 2017 – Sejumlah 51 projek akhir pelajar, 14 inovasi teknikal dan 11 produk inovasi bukan teknikal telah menyertai dan dipertandingankan dalam Festival Pameran dan Inovasi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Sesi Jun 2017. Festival yang diadakan setiap tahun ini telah mengumpulkan hasil projek dan inovasi terbaik daripada setiap jabatan akademik di PKS bagi menobatkan produk dan projek terbaik keseluruhan dan antara program pengajian.

Baca selanjutnya...

SABTU, 14 Oktober 2017 - Kehadiran Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Lt.Kol. Bersekutu (PA) Kamaludin Daud yang turut menyertai Larian 5km dalam sempena sambutan Hari Sukan, Peringkat Politeknik Kuching Sarawak menjadikan sambutan pada tahun ini amat meriah dengan penyertaan dari kalangan staf semua peringkat dan para pelajar. Walaupun diadakan pada Cuti Semester Khas bermula hari ini, para pelajar memilih untuk menyertai sambutan program serentak di seluruh Malaysia dan membuktikan bahawa sukan merupakan satu platform yang tepat untuk memastikan dan mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian kaum dan agama.

Baca selanjutnya...