Pengenalan Kepada JMSK

Info Jabatan

Pengenalan
Jabatan Matematik Sains Dan Komputer (JMSK) Merupakan Sebuah Jabatan Yang Bertanggungjawab Dalam Menyediakan Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi  Kursus Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan Dan  Aplikasi Komputer Di Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Dari Segi Infrastruktur , JMSK Bertanggungjawab Menguruskan Makmal-Makmal Sains Supaya Boleh Digunapakai Oleh Pensyarah Dan Juga Pelajar Untuk Kursus Sains Kejuruteraan.
MULAI SESI DISEMBER 2014, JMSK mula menawarkan program PROGRAM PRA-DIPLOMA (SAINS).


Fungsi

  • JMSK Berperanan Memberikan Sokongan Dalam Menyediakan Fasiliti Komputer Dan Nasihat Teknikal Dalam Penggunaan Komputer Kepada Semua Pelajar Dan Juga Tenaga Pengajar Di Politeknik.
  • JMSK Bertanggungjawab Dalam Membantu Jabatan Akademik Induk Dalam Mengendalikan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Modul-Modul Komputer Dan Matematik.

Objektif

  • Melahirkan Pelajar Yang Berkemahiran Dalam Bidang Matematik Yang Menjurus Kepada Penggunaannya Dalam Bidang Kejuruteraan Dan Teknologi Maklumat.
  • Melahirkan Pelajar Yang Berpengetahuan Dalam Bidang Sains Kejuruteraan Dalam Bidang Kejuruteraan.
  • Melahirkan Pelajar Yang Berkemahiran Dalam Bidang Aplikasi Komputer Yang Menjurus Kepada Penggunaannya Dalam Bidang Perdagangan Dan Kejuruteraan.
  • Menyepadukan Ilmu-Ilmu Akademik Dan Nilai-Nilai Murni Bagi Melahirkan Individu Yang Berketerampilan Dan Mempunyai Sahsiah Diri Yang Baik Selari Dengan Falsafah Pendidikan Negara.