Pengenalan Kepada JKA

Info Jabatan

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang pada masa kini mempunyai 61 orang pensyarah  termasuk seorang Ketua Jabatan dan tiga orang Ketua Program serta seorang staf bukan akademik. Seiring dengan matlamat untuk menghasilkan graduan yang mampu berdaya saing serta memenuhi kehendak program yang ditawarkan, JKA telah dilengkapi dengan fasiliti yang merangkumi pelbagai jenis makmal dan bengkel seperti yang berikut:

  • Bengkel Kerja Paip
  • Bengkel Kerja Kayu
  • Bengkel Kerja Bata
  • Bengkel Ukur Tanah
  • Bengkel Perkhidmatan Bangunan
  • Makmal Hidraul
  • Makmal Jalan Raya
  • Makmal Mekanik Tanah
  • Makmal Konkrit & Struktur
  • Makmal Kualiti Air & Air Sisa
  • Makmal Fotogrametri
  • Makmal Kartografi
  • Makmal Komputer